Followers

Tuesday 19 July 2016

I'm Back 😘


Haip. Nampaknya dah berhabuk blog ni hehe.

So, last post adalah pada tahun 2011. Lama tuu. Cakap pun pasal cinta. Haha. Tak sangka jugak, pandai jugak menuls dulu. Need to polish my bakat moree.

So,sekarang saya dah grad alhamdulillah. A dentist now. But, kena tunggu panggilan untuk posting . Ohh. Please grant me a good and the best place for me to learn and work during my FAIDO ( First Year Dental Officer).

So, who is excited to see my next post. Aha! 😆


Monday 11 February 2013

Err.. Perempuan?


Perempuan. Wanita. Bunga. Indah.

Orang kata hati wanita senang cair.Betul ke?

Saya perhati orang sekeliling. Saya perhati kawan-kawan. Saya perhati juga diri saya sendiri.

Oh, tahap kesenangan hati wanita untuk cair depends on orang.

Betul ke?

Ya, saya lihat A.

A kawan saya. Dia ramai abang. Dia memang dah biasa bercakap dengan lelaki. Abang dia lelaki. Kawan-kawan abang dia lelaki. So, tahap melting hati dia nak tersangkut kat lelaki tinggi sikit (kiranya dia susah nak jatuh hati lah).

Saya lihat B pula.

B kawan saya. Dia anak sulung. So, secara kesimpulannya dia memang tak ada abang atau kakak. Hmm, dia senang cakap dengan lelaki (senang berkomunikasi). Tetapi, apabila tengok dia balik. Dia senang sikit nak cair dengan lelaki. Hmm, orang itu berbeza-beza eh?

Saya lihat pula diri saya.

Saya pemalu. Kalau cakap dengan lelaki hati mesti berdebar-debar. Tapi, jangan risau, muka still nampak cool lagi. Saya senang cair dengan lelaki yang bising atau suka bercakap. Mungkin sebab saya jenis yang senyap dan agak membosankan. Kena orang lain yang start untuk sembang-sembang dengan saya dulu, baru saya boleh bercakap. Haihh! Lagi-lagi kalau lelaki tu luaran nampak cool (macam tak wara’ dan alim) tapi bila dah kenal nampak kewara’kannya dan kealimannya~ Ok, ini macam dah over!

So, apa yang penting, suka orang dan jatuh hati tu fitrah. Tetapi kena ada batasannya dan kena pandai uruskannya.

-Jangan cerita kat orang lain atau sahabat yang kita suka seseorang. Sebab, nanti membuatkan kita akan nak cerita je pasal orang yang kita suka kat sahabat kita itu. Kalau nak cerita pun, cerita sahaja kat orang yang betul-betul kita boleh percaya. Ingat eh! Orang yang betul-betul boleh percaya dan dalam masa yang sama boleh doakan apa yang terbaik untuk kita. Contohnya emak kita, kakak kita yang berfikiran matang, kawan baik yang membawa kita ke syurga, ataupun ustaz atau ustazah kita J

-Cerita banyak-banyak kat Allah. Kalau rindu kat orang yang kita suka itu cakap kat Allah. Kalau kita takut kita tak ada jodoh dengan orang yang kita suka cakap kat Allah. Sebab, Allah yang paling tahu dalam hati kita. Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah kan yang paling dekat dengan kita?
  
“Ya Allah, jika dia adalah jodohku dan terbaik untukku, maka permudahkanlah jalannya. Jika tidak ya Allah,  maka lupakanlah aku tentang dia. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui akan HambaMu  ini Ya Allah.”

-Lepas itu, try berubah jadi baik J slow-slow takpe, asalkan ada progression. Fitrah manusia, mesti nak yang terbaik. Kita mesti nak pasangan kita yang beragama, baik, lemah lembut, bertanggungjawab, susah senang bersama. Yelah, orang kata alam rumah tangga bukan senang. Banyak dugaan bakal ditempuhi. Kalau kita ada suami yang handsome atau isteri yang cantik bak bidadari tetapi kalau dah ada masalah, tak pandai nak coop bila ada masalah. Tak pandai nak fikir macam mana nak selesaikan masalah, tak best kan? So, untuk dapat yang baik dan bertanggungjawab itu, kita mesti berubah ke arah itu juga kan? Barulah sekufu orang kata.

Lastly, jangan risau lah bila kita ada tersuka kat orang. Jangan rasa bersalah atau rasa berdosa. Sebab itu fitrah J Cuma kena betul macam mana nak menguruskan perasaan itu. 

Monday 9 January 2012

Kerana Allah, aku melepaskannya =)

Mata Anis terpampang luas. Setiap butir perkataan di skrin computer Anis baca. Makin diteliti facebook itu makin sakit hatinya.

“Argghhh, mana boleh jadi.Kenapa macam ini?”

Entah mengapa profile facebook Adil menjadi tumpuan Anis malam ini.

Hatinya makin parah, sakit hatinya seakan mencucuk-cucuk. Perasaan ini sukar digambarkan. Status Adil ‘in a relationship’ sangat memeritkan hatinya. Ditambah pula dengan ‘post’ dan ‘comment’ antara Adil dengan sang pencuri hati Adil yang tertera pada wall Adil. Sakit hatinya!

Pertama kali bertemu Adil masa kem Pelihara. Masa itu umur Anis 16 tahun. Muda lagi! Anis dan Adil sama kumpulan ketika kem itu.Adil sebagai ketua kumpulan.

Anis masih ingat lagi peristiwa dia dengan Adil masa kem Pelihara ketika usianya 16 tahun.

“Ok, boys bolehla tolong girls letak beg dalam bonet bas tu. Sebab nanti ramai pulak orang berkerumun kat bonet bas itu,” cik fasilitator cuba member arahan.Semua peserta buat tak tahu saja.

Tetapi, tiba-tiba “Eh, Anis. Meh sini beg kau tu. Biar aku yang letak. Ramai sangat orang kat situ. Bahaya la pulak.”

Anis blurr. “Apa la yang Adil ni merepek?”

“Meh, beg sini. Biar aku letak.”

“Oh, beg. Nah!” ujar Anis sambil memberikan begnya kepada Adil. Mukanya tersenyum lebar.Mana taknya ada orang nak tolong angkatkan begnya yang berat dan letak dalam bonet.Seronok kot!

“Eh, sweetnye korang dua orang ni,” tiba-tiba cik fasilitator menyampuk.

Anis hairan. “Apa halnya fasi ni. Takde keje apa. Orang letakkan beg pun sweet ke?”

*********************************************************************************

Majlis penutup Kem Pelihara baru je berlalu. Anis cepat-cepat menggalas beg ke bahunya. Tak sabar nak balik ke rumah berjumpa keluarga setelah menghadiri kem ini selama seminggu. Sesekali terasa lenguh-lenguh di badan. Mana tidaknya banyak sungguh aktiviti lasak sepanjang kem ini.

 “Lepas ini tough lah nampaknya aku.Jadi kuat sikit. Takdelah lembut dan lembik sangat macam dulu,” bisik Anis dalam hatinya.Langkahnya dipercepatkan menuju ke ruang legar; tempat ibubapa menunggu untuk menjemput anak-anak mereka.

“Anis.Anis.” Tiba-tiba ada suara garau menyapa dari belakang.

Adil rupanya. Nafasnya termengah-mengah. Baru lepas berlari agaknya.Hah? Berlari? Takkan la berlari sebab nak kejar aku kot? Tett--à merepek je.Ok, lupakan.

“Hah, kenapa? Awat terkeja’-keja’ ni.” Saja Anis menggunakan loghat Kedah. Bukan orang Kedah pun!

“Jom, tangkap gambar!,”tenang Adil memberitahu.

Anis memerhati keadaan sekeliling.
“Takkan la nak tangkap gambar dua orang je.Aku tak biasa kot! Merepek la mamat ni. Kenapa nak tangkap gambar? Istimewa sangat ke aku ni? Ah, merepek! Sejak bila kau macam ni Anis. Common! Jangan mengalah pada perasaan entah apa-apa ini. Sekolah dan muda lagi kot~”

“Eh,jangan fikir bukan-bukan Anis. Kita tangkap gambar ngan Elli sekali.” Jelas Adil tenang.

“Oh, ooo…ok..ok! Jom!”

*********************************************************************************

“Assalamualaikum,”ada satu suara menyapa.

“Waalaikumussalam.Eh, mak! Dah sampai! Rindunya kat emak! Cepatnya mak sampai. Tak sabar nak balik.”

“Oh, emak Elli ke? Saya Anis, kawan satu group untuk kem ini.Dia baik makcik. Comel pulak tu,” sahaja Anis berseloroh sambil bersalaman. Nak rapatkan lagi ukhuwah!

Emak Elli tersenyum sahaja. Gembira Anis kerana mampu membuatkan orang lain tersenyum.
“Anis, Elli balik dululah. Nanti kalau ada jodoh, boleh jumpa lagi. Walaupun awak duduk kat Selangor, saya duduk kat Perlis. Tata!”

“Ok, insyaAllah,”balas Anis sambil tersenyum.

Elli sudah hilang dari pandangan. Anis baru tersedar dia masih di Dewan Angsana. Dia perlu keluar ke ruang legar menuggu ibubapa dengan cepat. Mungkin ibubapanya sudah tunggu di luar. Sudahlah jauh hendak berjalan ke ruang legar itu. Bukan tahu sangat jalan ke ruang legar tersebut. Tempat baru katakan!

Baru dia tersedar!!!

“Eh, kawan-kawan perempuan aku semuanya dah ke ruang legar itu? Mereka semua tinggalkan aku. Ni semua sebab Adil. Kalau dia tak ajak tangkap gambar tadi, taklah aku jalan sorang-sorang. Elli dah balik dah.Mana ingat sangat jalan. Haish, apalah nasib badan,” Anis mengomel sendirian.

“Anis, tunggu kejap!”

“Apa lagi Adil nak ni,” bisik hati kecil Anis.

“Jom, jalan sama!”

“Eh, takpe. Tak payah susah-susah.”

“Jomlah! Kau kan tak tahu jalan nak keluar ke ruang legar itu. Lagipun, semua yang tinggal kat sini semua perserta lelaki. Aku tahu kau segan kan? Jomlah, aku teman kau.”

Anis terkedu. Lidahnya kelu. Anis tak mampu nak berkata apa-apa. Hatinya seakan merasai sesuatu. Anis hanya mengikuti Adil dari belakang.
*********************************************************************************
Anis terus meluru ke sinki di rumahnya. Dengan kekuatan yang berbaki dalam dirinya, Anis mengambil air sembahyang perlahan-lahan. Memang tidak ada siapa yang mampu lagi yang memahami dan memberinya kekuatan melainkan yang Maha Esa.

Solat dua rakaat selesai Anis lakukan. Rasa tenang dapat dirasainya sekarang. Anis hanya menyerahkan kepada yang Esa. Perit hatinya menahan gejolak di dada. Dia juga seperti remaja lain. Ingin mencintai dan dicintai. Tetapi cukuplah dahulu, dia berbalas meseg, panggilan telefon dengan Adil. Tetapi dia tidak ingin semua itu lagi.

Pernah sahaja Adil memberi Anis mesej akhir-akhir ini. Tetapi, Anis perlu mengabaikannya. Anis tidak mahu menjebakkan dirinya ke kencah yang sia-sia ini. Anis sedar, tanggungjawabnya sebagai wanita adalah tidak membuka jalan kepada mana-mana lelaki. Kerana, Anis sedar sebagai kaum hawa dia perlu mengawal dirinya bagi menolong si Adam bermujahadah melawan nafsu. Wanita adalh fitnah dunia.

Dia ingin mencari cinta Allah. Kerana suatu hari nanti pasti Allah akan mengurniakan dia lelaki yang mencintai Allah juga dan dalam masa yang sama mencintainya dirinya kerana Allah.

Semoga Adil juga diberi hidayah J

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)